Saya ada terjumpa beberapa tip dan petua untuk dikongsi bersama bagi menghilangkan kudis buta. Insyaallah jika diamalkan dan diiringi dengan doa, mungkin dapat menghilangkan penyakit ni.

1) Bunga Tanjung

Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.

Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit yang dikenali sebagai exzema.

Di samping itu, kulit dan daun pokok bunga tanjung ditumbuk lumat untuk digunakan sebagai ubat sapu untuk menghilangkan bisa akibat dipatuk ular. Di Indonesia, daun bunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan tradisional untuk merawat asma, tonsillitis, vertigo dan angin.

Dari segi saintifiknya, pokok bunga tanjung dikenali sebagai Mimusops Elengi. Ia juga mengeluarkan buah-buah kecil yang berkesan untuk merawat penyakit disentri iaitu berak berdarah.

2) Peria

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa

3) Guna Belerang

Panaskan belerang tersebut dalam periuk serta dicampur dengan bunga dan sapu suam2 kat tempat yang kena kudis itu.Cuba amalkan 2 hingga 3 kali sehari.Insyaallah hilang la kudis tu.

4) Guna Daun Mengkuang

Bakar daun mengkuang tersebut dan ambik dia punya abu.Sebelum letak abu tu dekat kudis,pecahkan kudis yang ada kuning-kuning(nanah) terlebih dahulu dan lepas tu baru rendam tempat kudis tu dalam air garam suam2. Insyaallah jika diamalkan petua ni, mungkin dapat menghilangkan parut2 kudis tu

5) Guna Daun Jambu Batu

Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

6) Guna Daun Gelenggang ( Sabun gelanggang pun tak apa )

Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya. Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak tanah. Sapukan daun yang telah lumat ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit. Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh.

Mudah-mudahan anda sentiasa sabar sebelum menikmati hasilnya.

Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterPin on PinterestShare on TumblrDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponEmail this to someone

One Thought on “Kaedah Tradisional Mengubati Kudis Buta

  1. Salam semua. Ada satu krim yang telah terbukti berkesan untuk rawat kudis buta yang susah baik berubat dengan cara biasa. Setelah sapu saja terasa sejuk saja dan hilang atau kurang rasa gatal nak garu dan pedih. Dalam masa beberapa hari saja insyaAllah sudah berkurangan beransur sembuh. Layari krimmutiarabumi.blogspot.com untuk lihat testimoninya dan mencubanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation