Kuih Ros / Kuih Goyang / Kuih Loyang / Kuih Bunga Durian

Banyak sungguh nama kuih nie kan ? Jeles rasanya ! Kami panggil kuih Bunga Durian jea sejak dari dulu . Sekarang ku dan Ummi sedang gigih menyiapkan 600 keping lagi kuih Bunga Durian untuk tempahan . Yea kami mengambil tempahan tapi hanya di sekitar Kemaman , Dungun dan Kuantan . Kuih ini teramatlah rapuh sehingga terketar-ketar nak bawa dia T___T . Kuih Bunga Durian nie juga merupakan favourite kami sekeluarga .

Resepi Kuih Bunga Durian

Bahan-bahan ( 3 balang sederhana )

  • 290gm tepung beras
  • 50 gm tepung gandum
  • 400ml santan
  • 170gm gula
  • 150ml air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara 

- Campurkan semua bahan . Kacau sebati dan tapis untuk bagi dia tidak berketul . 
- Panaskan minyak . Letak acuan dalam minyak . Apabila dah panas, celup acuan dalam adunan dan masuk semula dalam minyak tad . 
- Biar sebentar, baru alihkan acuan dan goreng sehingga masak. 

Sumber : Myresepi 

Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterPin on PinterestShare on TumblrDigg thisShare on LinkedInShare on StumbleUponEmail this to someone

7 thoughts on “Kuih Ros / Kuih Goyang / Kuih Loyang / Kuih Bunga Durian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge