Bantuan Telefon Pintar Untuk Golongan Belia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara one-off bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon rebat telefon bimbit pintar 

- berumur 21 hingga 30 tahun
- berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah
- hanya membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G
- telefon pintar 3G terpilih maksimum berharga sehingga RM500

MCMC telah mengeluarkan senarai telefon pintar yang layak menerima rebet bantuan telefon pintar 1Malaysia bernilai RM200. Kesemua telefon didalam senarai ini bertepatan dengan kelayakan rebet rm200 iaitu had harga maksima telefon pintar ialah RM500.

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 23
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Cara-cara memohon rebat telefon pintar

Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawangwww.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.

 Bilakah saya boleh mula memohon?

Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh melayari laman SKMM iaitu http://nbi.skmm.gov.my/

FacebookGoogle+TwitterPinteresttumblrDiggLinkedInStumbleUponEmail

2 thoughts on “Bantuan Telefon Pintar Untuk Golongan Belia

  1. Pingback: Tiada Had Harga Dan Jenis Telefon Untuk Rebet Telefon Pintar | zzqah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge