Pusat Kitar Semula

Walaupun dah tinggal kat Kemaman hampir 23 tahun , namun saya kurang pasti dimana tempat orang mengitar semula barang-barang terpakai . Sehinggalah saya mendapat info , rupa-rupanya banyak pusat kitar semula di Kemaman . Pusat kitar semula yang besar adalah Kitaran Nadi dan RD Paper . Tempat pusat kitar semula yang lain hanyalah orang-orang persendirian yang mengambil upah mengambil barang-barang kitar semula .

Syarikat Kitaran Nadi terletak di Bukit Kuang Kemaman dan syarikat RD Paper terletak di Chendor  , Pahang ( Saya tahu Chendor dah masuk Pahang tapi kira dekat dengan Kemaman yea  :silly: ) Saya dah pernah try kedua-dua servis pusat kitar semula . Ternyata syarikat Kitaran Nadi lebih friendly layanannya dan lebih untung . Ini pendapat saya yea sebab kali kedua menerima servis layanan dari RD Paper memang down gila ! . Tapi tak apa , maybe nasib saya dapat layanan mood yang kurang baik hari tu .

Hari nie saya pergi hantar barang-barang kitar semula kat syarikat Kitaran Nadi . Dapatlah Rm100 lebih . Bolehlah bayar bil elektrik yang semakin mahal nie .. hahahaa . Siapa yang ada barang plastik , besi dan kertas yang tak diguna , jom hantar recyle !  :biggrin:

kitaran nadi pusat kitar semula kemaman pusat kitar semula kuala terengganu

RD PAPER CAWANGAN KUANTAN,PAHANG
Lot 9306 , Jalan Kuantan , Kg Kubang Ikan Chendor , 26080 Kuantan , Pahang .
Tel : 09-581 9800
Fax: 09-581 9700

KITARAN NADI SDN BHD 
Lot 67 , Jalan Bukit Kuang , 24000 Kemaman Terengganu
Tel: 09-8593744 / 0199110335
Fax: 09-8598244

FacebookGoogle+TwitterPinteresttumblrDiggLinkedInStumbleUponEmail

2 thoughts on “Pusat Kitar Semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge